Sunday, March 29, 2009

Testing my new 50mm f1.8, during earth hour

Nasram duk ralik mengail ikan... walaupun dok leh ikang... huahua.



Fahmi @ Md min


Dua org budak puaka (APIS dan NASRAM)


Tarikh : 28 Mac 2009 (6.00 ptg - 11.00mlm)
Lokasi : Pantai Teluk Lipat, Kedai HASIB & Jalan Kenanga, DUNGUN...
Aktiviti : makan di kedai HASIB, di rumah semasa earth hour, memancing di Pantai Teluk Lipat. (mencuba lens baru, 50mm f1.8)

Boring2 aku pun cuba try test lens baru nim.. prime lens ni marbeles. Cumanya aku jer tak reti pakai. hahaha. Lepas amik gambar, edit-edit sket mengisi masa lapang sempena kegelapan yang melanda dunia akibat earth hour ni.. huhuhu.

Tak semena-mena, datang Mat Duang(tiada dlm gambar) ajak gi ngail.. perghhh. potong stim betulla. terpaksa juga melayan kerenah mamat tuh. Ngail-ngail... sekor ikan pun dok sakut. Chaitt... hmm, pastu balik sambung edit gambar, hehe... Malas dah nak menaip.. Huaarrgghhh, ngantuk ni..

Thursday, March 26, 2009

Syaiful Anas turun ke KT....




Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Lokasi : Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.
Aktiviti : Makan Sotong celup tepung.

Sempena kenduri kawen Yuzi, Syaiful Anas @ Pon datang ke Terengganu. Maklumlah, kawan baeeekk Yuzi. Pastu abis kenduri Yuzi, aku bawa Pon gi makan sotong celup tepung di Teluk Ketapang. "Mughoh nya kiiimmm.. kat sana payah nak dapat ni... untung hangpa duk kat sini..." cerita Pon merujuk kepada sotong... huhu

Lepas makan sempat bergambar tepi pantai Teluk ketapang dekat kerja2 penambakan pantai sebelah airport, walaupun hari dah senja. Pastu kitaorg solat kat masjid Wakaf Tembusu.

AKu; Nak gi mana pasni Pon?
Pon: Kita pi bundle la. bundle mana bagus2 kat sini??

Kitaorg pun gi la bundle area depan sekolah SS, kat Kuala Ibai tu... barang baek2 kat situ. Tapi satu haram pun tak beli. Buang karen aku jer...

Thursday, March 19, 2009

AL-FAATIHAH, Che Jusoh kembali ke rahmatullah

Gambar bersama isteri dan anak bongsu ketika family day di Pulau Kapas, 2 minggu sebelum tragedi..

Che Jusoh, Senior ARE kat projek LPT Pakej 9c,
kembali ke rahmatullah pada 15/03/2009, hari Ahad. Arwah mengalami kecederaan dalaman setelah xciden di Kg Tok Dor, Jerangau ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu dari Site Ofis di Padang Pulut.
Kereta model kembara yang dipandu arwah terbabas merempuh pohon durian di tepi jalan setelah arwah terbabas dipercayai cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan. Arwah dalam keadaan 50-50 dan terkepit di dalam kereta memerlukan khidmat pihak bomba untuk mengeluarkannya. Arwah kemudian menghembus nafas terakhir di Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. about kul 7mlm.
Aku pada masa tu baru pulang dari Melor (K.own Kawin) bergegas ke Hospital Hulu Terengganu, dan ketika sampai di sana jenazah sedang dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Kg Merbau Patah. Jenazah kemudian disemadikan di sana pada jam 10.30 keesokan paginya.

Al-Faatihah. semoga roh ditempatkan dlm golongan orang2 beriman.

MAJLIS PERTUNANGAN AIN DAN MIRUL




Tarikh; 30/01/2009
Lokasi; Kg Burung Baru, Padang Pulut, Dungun Terengganu
Alatan; Nikon D80, kit lens 18-135mm1:3.5-5.6G

Ain dan Mirul; Ain ni ofismate aku, jadi dia tahu aku baru beli DSLR, diapun suruh aku amik gambar majlis pertunangan dia.
Akupun dengan dersemangatnyer menyahut cabaran tersebut. Maklumlah, nak jadi wedding Photographer. Aku amik gambar free jer, tak minta sesen pun, nak belajar jer. dia panggil aku pun kira oklah tu. Dapat la nasi minyak ngan gulai bungkus wat balik. Bagi makan housemate umah sewa aku.. huh kenyang korang..!!! pasni nak kawin panggil aku lagi Ain yea. Aku bubuh harga la plak.. huahuahua..!!
Time ni, amik gambar ngan build in flash jer. Lens konpom la kit lens.. skill pun xder sgt, ni lah hasilnyer.. huuhu.. KOMEN SKET..!!

PERKAHWINAN HALIM DAN SUE 2




Ni plak gambar yang diambik oleh abang aku guna kamera kompak cap olympus.. aku pun usha2 mana2 gamabr yang voleh diedit, pastu edit la sket2..

PERKAHWINAN HALIM DAN SUE



Tarikh : 20 Disember 2008
Lokasi : Kg Atas Tol, Terengganu.... (umah Tok, kolam)
Alatan : Nikon D60 (Cik Sue yang punyer)

Foto Perkahwinan Alim (aku panggil bapa saudara aku ni POK DOE) dan Cik Sue
. Ni majlis sambut menantu di Kg Atas Tol, Kuala Terengganu. Masa ni aku shot guna D60 Cik Sue.. tak penah pakai DSLR pun sblm ni... Pastu dah edit2 baru sekarang terupload gambar ni. Cik Sue suruh edit maut-maut punyer.. Hahaha aku mana pandai edit.. ni jer la yang termampu..